Oleh: Julia
Foto: Terima kasih Mimie Walla
Konti Radio Malaysia KLfm tiba-tiba gamat 12 Oktober 2010 lalu. Bukan hanya kerana siaran langsung KL Aktif tetapi juga dengan kehadiran artis yang semakin popular menerusi lagu Insyaallah, Maher Zain. Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk bergambar bersamanya sebelum bersiaran jam 9.15 pagi. Maher ditemubual secara langsung oleh Nazirah Xtravaganza dan Sonic terbitan Remy Zain & Salma menerusi rancangan KL Aktif di KLfm dan Muzik Aktif RTM Saluran Astro 180.Tambah Maher, sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan sedangkan ini kali pertama beliau menjejakkan kaki di Malaysia. Lebih mengejutkan, tiket konsert yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat juga telah habis dijual. Bagaimanapun menurut kenyataan wakil penganjur, konsert kedua dijangka akan dianjurkan pada bulan Februari 2011.
Terima kasih Maher kerana sudi meluangkan masa bersama KL Aktif dan KLfm ;)


























